Kerjaya Amanda Amry

Bergiat sebagai seorang pelakon, model, personaliti media sosial dan pengacara majlis. Bergelar model sejak umur lima tahun, khususnya dalam iklan komersial, bermula dengan jenama pakaian kanak-kanak di United Kingdom (UK). Di usia 12 tahun, beliau membintangi video muzik lagu Sayangi Dirimu nyanyian pelakon Fazura. Pernah menjayakan siri Geng Gajet yang ditayangkan di saluran Astro Ceria dengan turut dilakonkan pelakon Bell Ngasri, El Farabi Faeez, Fatimah Noryyah, Aliff Idham, Awang Hamyzan dan Lion Chong. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Zombitopia terbitan tahun 2021, termasuk filem pendek Seliseh (2015) dan Mei: Sebelum Bara Menjadi Abu (2018).